July 25, 2009

pEmBAZiRan

PETIKAN DARI HMETRO...

  • Tiga puluh peratus ubi kentang - atau satu bagi setiap tiga yang dijual - terbuang begitu saja di Britain.


  • Peladang dan pengilang menyebabkan hampir sejuta tan pembaziran ubi kentang setahun.

  • Pembaziran pengguna pula sebanyak 358,000 tan.

  • Di antara 40 hingga 60 peratus daripada keseluruhan ikan ditangkap di Eropah dibuang semula ke laut.

  • Greenpeace menganggarkan, daripada 186 juta ikan ditangkap di perairan Britain, 117 juta mati dan dibuang ke laut - biasanya kerana terlalu kecil, bukan spesies diinginkan atau melebihi kuota ditetapkan ke atas nelayan.

  • Nilai pasaran bagi beberapa jenis ikan yang ditangkap nelayan dan dibuang semula mencecah RM292.5 juta

  • Syarikat Marks & Spencer mengarahkan pembekal sandwic untuk mereka, Hain Celestial Group, mengetepikan empat potong roti bagi setiap buku digunakan - kepingan berkerak dan kepingan selepasnya. Ia menyebabkan 13,000 kepingan roti dibazirkan sehari di kilang itu.

  • Pengguna Britain membuang 484 juta tin yogurt tanpa sempat dibuka, serta pisang bernilai lebih RM2 bilion.











  • No comments:

    Post a Comment