PETIKAN DARI HMETRO...
Tiga puluh peratus ubi kentang - atau satu bagi setiap tiga yang dijual - terbuang begitu saja di Britain.
Peladang dan pengilang menyebabkan hampir sejuta tan pembaziran ubi kentang setahun.
Pembaziran pengguna pula sebanyak 358,000 tan.
Di antara 40 hingga 60 peratus daripada keseluruhan ikan ditangkap di Eropah dibuang semula ke laut.
Greenpeace menganggarkan, daripada 186 juta ikan ditangkap di perairan Britain, 117 juta mati dan dibuang ke laut - biasanya kerana terlalu kecil, bukan spesies diinginkan atau melebihi kuota ditetapkan ke atas nelayan.
Nilai pasaran bagi beberapa jenis ikan yang ditangkap nelayan dan dibuang semula mencecah RM292.5 juta
Syarikat Marks & Spencer mengarahkan pembekal sandwic untuk mereka, Hain Celestial Group, mengetepikan empat potong roti bagi setiap buku digunakan - kepingan berkerak dan kepingan selepasnya. Ia menyebabkan 13,000 kepingan roti dibazirkan sehari di kilang itu.
Pengguna Britain membuang 484 juta tin yogurt tanpa sempat dibuka, serta pisang bernilai lebih RM2 bilion.
|